Nanti Aku Fikir. . .

Cara Untuk Jailbreak Iphone

assalammualaikum

Dua tiga menjak ni aku free, bila tak buat apa2 lebih baik aku isikan masa terluang dengan buat benda2 yang berguna iyee dokk..

Nak diceritakan Jailbreak ni untuk mereka2 yang masih menggunakan iphone yang lama yang ios tak boleh update pada perisian yang terkini..
lagi pun apps sekarang ni kebanyakan asik suruh update jeeeeerrrrr... yang sesuai untuk ios 10 yang terkini, kalau tak update apps jadi tak funtion atau sebaliknya (shit apple).

Iphone 4s dan kebawah mana boleh sampai ke tahap ios 10 tu, lately kena keluar duit beli iphone baru kalau banyak duit boleh arrr.  Pengguna Apple kena ikut tranding new iphone every 5 years longers term to use, pandai apple cari duit suruh beli iphone baru (shit lagi skli pada apple).

P/S : iphone4 hanya boleh update hingga ios 7.1.2 / kalau untuk iphone4s buat masa ni hingga ios 9.3.5

Mudah je nak buat, semudah goreng telur tanpa memerlukan minyak.

1. Okey korang bukak link   http://en.7.pangu.io/  kalau x boleh tekan korang copy paste je.

2. kalau pakai windows download yang windows punya dan kalau pakai mac download yang mac punya.



3. bila selesai download, run kan app





4. Sambung iphone ke pc cable, dan ikut je langkah2 yang pangu bagi, ikut jangan tak ikut pulak.
 sorry xde gambar langkah2, aku rushing time tu huhuhu.

selang beberapa minit iphone korng dah selesai di jailbreak, semoga berjaya.

thanks to bro Hazizul jamali sudi ajar.

Puding Roti Karamel Simple

Assalammualaikum

Kali ni aku nak kongsi cara buat puding roti karamel simple muda dan gampang ( bahasa indonesia).
cara aku nak share ni jenis orang yang tak pernah masak tak pernah masuk dapur pun boleh buat.
And kalau korang nak tau ini first time aku buat puding karamel ni.
Sumber resepi dari makcik aku.


Sebelum nak buat apa2 perkara jangan lupa mesti dimulakan dengan Bismillah.

Bahan-bahan:

1. gula pasir 3 sudu besar
2. roti gardania 4 keping
3. susu sejat tin / susu dalm kotak pun boleh 1 cawan
4. susu pekat ikut suka kalau nk manis letak la bnyak
5. asen vanila 1 sudu teh
6. air 1 cawan

Cara pembuatan :

-Kisar kesemua bahan kecuali gula sehingga halus and letak secubit garam bagi uummhhh sikit.

-Panaskan loyang dan masak gula yang 3 sudu tu sehingga keperangan dengan api yang perlahan (jangan burn nanti pahit) tutup api dan tuang 1 sudu besar air (hati-hati wap panas)

-Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam (medium heat)

p/s  kalau nak lagi kick letak gula lebih macam aku letak 4 sudu.
Dan jagan lupa letak sedosen kasih sayang dan segunung keiklasan.


Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong Selangor

Assalammualaikum semua...

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga, 
Sekian lama tidak menjengah, 
Hadir kini membawa berita.

Alhamdulillah sekian lama tak beraksi akhirnya dapat juga curi masa hadap blog ni, maklum la busy study.

Hampir setahun lebih tak menjenguk nasib baik ada cerita nak dihebohkan.
Sembang lebat memang tak guna moh baca cerita yang boleh dikatan menarik tertarik bagi pencinta alam semula jadi.

Aku rasa penduduk sekitar Puchong Selangor tahu tengtang Hutan simpan Ayer Hitam Puchong.

Pada mula dulu hutan ni dilarang sama sekali nak masuk dan tak ramai yang tahu al maklum la hutan simpan ye dak!! hanya ranger hutan dan seangkatan je boleh. 
Tapi lama kelamaan boleh masuk ( aku pun tak tau macam mana boleh, munkin ramai dah tahu kut).

Sekarang Hutan Simpan Ayer Hitam ni jadi tempat rekriasi tempat warga kota melakukan aktiviti meredah hutan jungle tracking dan mandi manda bersama keluarga.


Kebelakangan ni bukan hanya warga Pusat Bandar Puchong sahaja tahu tapi orang luar puchong pun tahu malah makin terkenal hutan ni aku rasa haahaha (bangga aku)

Kalau aku taip panjang-panjang pun bukannya korang nak baca pun lagi satu buat lenguh jari-jemari aku je taip panjang-panjang untuk korang.

Macam manalah melayu nak maju haihhh. tapi tak apalah aku pun melayu jugak.

Masa perjalanan tak lama kira-kira 45 minit ke 1jam, itupun kalau jalan tanpa henti, tanpa salah jalan, tanpa sesat dan tanpa rehat kaki lenguh.

Ni aku payung gambar waktu aku meredah hutan yang gelap gelita lagi menakutkan hahah tak adalah adalah aku gurau je, mana ada gelap terang menerang di sinari cahaya matari. Ada beberapa tempat yang terlindung je gelap. 

Aku tak ambil gambar banyak sebab camera dalam beg dan aku ni malas nak pengang, aku snap gambar mana yang sempat. kalau nak tengok view yang lawa dan menarik datang la sini jangan nak harap gambar dari aku jer.



Jalan nak masuk ada 2 tapi make sure pilih jalan yang ni kalau nak g air terjun dua tinggkat. Jangan pilih jalan berbatu disebelah kanan.
p/s kalau korang kurang yakin tanya je orang yang ada kat area situ jalan nak pergi air terjun, nanti dorang bagi tahu.





Kalau korang perasan dekat pokok-pokok ada tanda yang macam kat atas tu MERAH / BIRU. Korang ikut je tanda BIRU nanti sampai la air terjun dua tingkat tu.
p/s selain tanda-tanda yang aku bagi tu ada lagi tanda-tanda yang lain, tapi aku kasi 2 je kalau bagi banyak takut korang pening pulak.





Tempat bergayut ala-ala tarzan pun adooo.. 

p/s budak-budak bawah 10 tahun dilarang melakukan aksi ini, kalau nak buat jugak make sure ada orang dewasa yang jadi pemerhati mana tahukan kaki luka tertusuk batu yang tajam bawah tu.





Kalau nak tahu air dia jernih sejernih cinta ku pada mu..

p/s kalau nak masuk pilihlah hari waktu bekerja, jangan sama sekali pilih waktu cuti atau hujung minggu kalau tak nak berebut tempat mandi. Amaran sebab kawasan tak berapa besar.





Malah anda boleh tangkap shot yang menarik dan boleh buat para wanita diluar sana mengalirkan air mata.

p/s kalau anda tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka tampan lagikan cute merangkap sado itu.. yaaa dialah saya si pengarang blog ini hehe.



Dan kemungkinan juga anda tertanya-tanya siapakah lelaki-lekaki cute lagikan comel semua itu, yaaa itulah ahli-ahli pasukan saya yang pantang mengalah.


Sebenarnya dalam hutan ni ada 2 sungai yang cantik (air terjun) ini sungai yang pertama.
Jika diizinkan Allah aku kongsi pengembaraan aku ke sungai yang ke 2 (BLUE LAGOON) itu lagi cantik.

Blue lagoon tu kawasan larangan dan dikawal oleh ranger hutan, kalau bernasib baik dapatlah mandi kat sana, kalau tak terpaksa patah balik.
Perjalanan ke blue lagoon mengambil masa 1 jam 45 minit hingga 2 jam 30 minit.

Teringat

Angin yang membawa hujan
Seperti ingatan membuka kotak
Nolstagia yang telah lama tersimpan berhabuk..
Bila diimbau kembali kenangan 
amat sakit rasaya..
Sakit menahan perit rindu dijiwa..
Kadang kala tersenyum sendirian
Terkenang kenangan diingatan
Ibarat baru semalam kenangan itu dicipta
Dengan sindiran pahit manis tawa
suka dan duka
Itulah kami sahabat selamanya
Tidak jemu mencipta memori bersama.